Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Oleh Amar Amir

17 November, 2018
421 Views

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is his story. Namun sebaik saja aku menonton, aku beranggapan filem ini hanya ordinary feel good Hollywood template movie. Ya, menghiburkan namun tidaklah lebih extraordinary berbanding lagu-lagu Queen itu sendiri.

Bohemian Rhapsody hanya bermain di permukaan. Hanya menontonkan sisi Queen yang buat peminat tersenyum dan makin adore dengan mereka. Filem ini terlalu banyak momen-momen yang pada aku terlalu pretentious, terlalu dibuat-buat semata-mata ingin menjadikan ia feel good. Feel good movie tak salah, tapi tidak untuk biopic Queen dan Freddie Mercury.

Momen seperti pertemuan pertama Freddie dan anggota Queen yang lain; Brian, Roger dan John ketika mereka masih dalam band Smile pada aku sangat fake dan pretentitous. Adalah mengelikan hati aku, apabila Freddie kena kutuk gigi jongang oleh Roger dan kemudian Freddie tunjukkan kehebatan vokal sehingga mereka bertiga ikut nyanyi berharmoni. Lantaran itu Freddie diambil jadi vokalis. Umum mengetahui Freddie memang mengenali Smile jauh sebelum mereka menubuhkan Queen. Apa kejadahnya dibuat scene audition Akademi Fantasia ini?

Begitu juga momen John-Yoko dalam Queen yang dicetuskan oleh Freddie dan Paul Prenter yang kononnya membawa pergolakkan dan pepecahan sementara Queen. Kebenarannya Queen tak pernah berpecah pun. Pada aku fakta penting dan bersejarah tidaklah harus difiksyenkan.

Namun demikian beberapa momen penting yang sepatutnya boleh didramatise-kan dengan lebih berkesan tidak pula dilakukan dengan baik. Antaranya momen Freddie dan Mary. Freddie menggambarkan Mary sebagai ‘Love of My Life’ namun aku tak dapat rasa cinta Freddie dan Mary antara satu sama lain. Hanya sekadar panggilan telefon jarak jauh yang kosong. Scene Freddie melamar Mary juga tidak menyampaikan emosi sepatutnya. Begitu juga halnya dengan hubungan Freddie dan Jim Hutton. Kita tak dapat menyelami kenapa Freddie merasakan Jim Hutton lelaki yang tepat untuknya bercinta dan meninggalkan segala life style liar demi lelaki ini. Hanya dengan satu sesi curhat, Freddie dah jatuh cinta dengan Jim dan kemudian susah bawa dia berjumpa keluarganya (pada hari Live Aid itu juga! Kah kah kah!).

Filem biopic pada aku dibuat untuk menceritakan momen penting sesebuah band dengan telus dan membongkar kisah yang selama ini menjadi tanda tanya. Suka aku nyatakan di sini, aku faham filem biopic mesti kena ada elemen fiksyen dan tokok tambah untuk menjadi penyedap plot, namun ia mestilah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Untuk sebuah filem kisah benar, biopic atau apa saja gelarannya, fakta dan sejarah untuk perkara penting tidak harus difiksyenkan. Itu akan menyebabkan misleading dan penipuan sejarah.

Filem Leftenan Adnan contohnya, aku okay ada watak fiksyen Faizal Hussein lari dari perang untuk elemen penyedap. Tapi fakta perang dan kematian Leftenan Adnan itu sendiri perlu tepat brader. Cuba kalau buat Leftenan Adnan berlawan dengan Jepun ala Rambo sebab nak puaskan nafsu fiksyen kau, tak ke misleading nanti?

Begitu juga halnya dengan Bohemian Rhapsody. Aku tak kisah sangat fiksyen watak Mike Myers mengamuk tentang lagu itu panjang dan petik remaja takkan dengar lagu ini dalam kereta semata-mata sebab nak homage ‘Wayne’s World’ atau watak Freddie yang dapat stail ikonik menyanyi dengan stand mic separuh secara tak sengaja semasa di awal persembahannya.

Tapi fakta sejarah penting bagaimana band tertubuh dan bila tahun sebenar Freddie tahu dia kena AIDS dan beritahu bandmates pasal penyakit dia perlulah tepat. Bila kau fiksyenkan hal-hal penting ini, jadi apa point kau buat filem biopic? Dalam filem ini Freddie mengetahui yang dia dijangkiti AIDS sebelum konsert Live Aid.  Konon against all odds dan dalam kondisi kesihatan teruk, Freddie tetap power di Live Aid. Apa punya misleading ini? Kenyataanya, Freddie hanya tahu dia dijangkiti AIDS  pada tahun 1987. Freddie power ketika Live Aid sebab dia memang power, bukan sebab keazaman melawan penyakit atau mendapat semangat lamina atau apa.

Aku juga cukup tak berkenan ada scene Bob Geldof- founder Live Aid sengih duit derma masuk bertubi-tubi semata-mata sebab perfomance Queen. Pada aku scene ini tak perlu pun. Nak dramatik dan feel good sampai level mana? Band dan performer lain pun power dalam Live Aid ini. Ada Bowie, Paul Mccartney dan U2 antaranya. Duit derma memang sah masuk bertubi-tubi walaupun Queen tak perform.

Masalah bila jadikan konsert Live Aid ni sebagai klimaks cerita biopic band sebesar Queen. Konsert ini Queen main memang power tapi bukan dia kartaris band ketika itu pun. Perjalanan Queen dan Freddie masih panjang lagi selepas itu. Ada lagi enam tahun sebelum Freddie meninggal. Aku nak tahu macam mana strunggle Freddie melawan AIDS selepas itu dan kesannya terhadap band. Hal ini yang perlu diceritakan, sebab hal ini yang menjadi misteri tentang Freddie. Macam mana dia berhadapan dengan AIDS (Mitos cakap dia masih dengan lifestyle wild even lepas diagnosis). Malah momen penting bagaimana Freddie didiagnosis pun buat acuh tak acuh sahaja. Setakat montage malas pergi klinik. Takkan tak ada emosi langsung?

Pada aku filem ini sesuai diakhiri ketika momen Queen merakamkan album Innuendo dalam kondisi kesihatan Freddie yang semakin teruk pada ketika itu. Pasti menyentuh perasaan melihat Freddie merakam video klip These Are the Days of Our Lives dalam fasa-fasa terakhir AIDS-nya. Namun Bohemian Rhapsody memilih untuk diakhiri dengan reenactment ‘sempurna’ konsert Live Aid. Aku tahu ramai yang suka dan kagum dengan scene ini. Sing along sekali katanya. Namun bagi aku kalau nak tengok scene konsert ini, buka saja di YouTube. Sudah ada versi sebenarnya yang High Definition. Sing along-lah kau puas-puas.

Rami Malek sebagai Freddie Mercury bagi aku biasa-biasa sahaja. Aku rasa dia sedikit over acting ketika jadi Freddie di luar pentas. Ketika perfomance scene pula, aku rasa terlalu dibuat-buat dan mekanikal. Mimik muka terlalu mencuba dan tidak natural. Dan aku rasa gigi itu terlalu besar untuk seorang Freddie Mercury. Aku rasa lakonan sebagai Freddie terbaik adalah dalam dokumentari Freddie Mercury Story : His tragic AIDS Story. Bersahaja dan santai sahaja mamat itu.

Bohemian Rhapsody bukanlah sebuah filem yang teruk. Ia menghiburkan dan sangat feel good. Penonton yang hanya mengetahui ‘We Will Rock You’ akan mula google lagu-lagu lain Queen dan mula ber ‘AAAAA OHHHH’ sorang-sorang dalam bilik air. Filem ini meneruskan legasi Queen sebagai sebuah kumpulan legenda pada generasi millenial. Namun untuk yang menginginkan biopic Queen yang emosional, ada ‘weight’, jujur, romantik, misteri dan flamboyant seperti mana lagu Bohemian Rhapsody itu sendiri, anda takkan dapat dengan filem ini.

You may be interested

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
183 views
Pendidikan
183 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Trailer Bukan Filem!
Pendidikan
224 views
Pendidikan
224 views

Trailer Bukan Filem!

Daniyal Kadir - 11 November, 2018

Baru-baru ini trailer filem Polis Evo 2 telah muncul di laman sosial dan ia merupakan perkara biasa sebagai sebahagian daripada…

Syair panjang Si Bohemia!
Pendidikan
320 views
Pendidikan
320 views

Syair panjang Si Bohemia!

Kakisinema - 10 November, 2018

She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet 'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette Queen! Gergasi…