Trailer Bukan Filem!

11 November, 2018
224 Views

Baru-baru ini trailer filem Polis Evo 2 telah muncul di laman sosial dan ia merupakan perkara biasa sebagai sebahagian daripada rangka promosi filem berkenaan yang dijangka muncul di panggung wayang bermula dari 22 November ini. Klip trailer kurang dua minit itu memaparkan Polis Evo sebagai sebuah filem aksi meletup-letup (secara literal memang banyak letupan berlaku dalam trailer berkenaan).

Menonton trailer bukanlah menonton filem, namun kita tidak dapat menafikan bahawa dengan trailer ia akan menimbulkan penghakiman awal kepada bakal penonton. Trailer yang baik akan memancing kehendak penonton untuk ke panggung wayang. Ia seperti panggilan seorang kekasih yang telah lama ditunggu-tunggu. Ia seperti rindu yang menunggu masa untuk dilepaskan.

Jika trailer itu tidak menarik perhatian, ia mungkin meninggalkan kesan untuk sesetengah penonton mengabaikan filem berkenaan. Ini ialah kesan psikologi sesuatu teknik pemasaran. Walau apa pun yang terjadi daripada trailer berkenaan, ia masih bukan sebuah filem dan ia tidak layak untuk dihakimi atau dinilai. Sesebuah filem hanya layak dikatakan baik atau tidak selepas kita menontonnya secara penuh. Bukan hanya dengan menonton trailer, melihat poster atau membaca sinopsis kita sudah membuat keputusan bahawa filem ini baik atau filem ini tidak baik.

Sudah wujud kecenderungan di negara kita penonton akan terpengaruh dengan mudah dan membuat keputusan segera tentang sesebuah filem hanya kerana faktor-faktor pemasaran ini. Lebih malang ada juga penonton yang tidak mahu menonton hanya kerana mendengar cakap-cakap negatif orang terhadap sesebuah filem. Ini budaya yang tidak baik.

Sama halnya dengan kempen memboikot sesebuah filem. Memboikot hanya selepas membaca sinopsis filem berkenaan, bukanlah tindakan orang bijaksana. Seseorang yang bijaksana akan membuat penilaian terhadap sesebuah filem selepas selesai menontonnya.

Filem bukan boleh dibaca dengan huruf-huruf atau mendengar cakap-cakap orang. Filem perlu ditonton dengan mata dan hati sendiri. Selepas menonton, tulislah ulasan atau kritikan. Jika teruk, bentangkan hujah dan pandangan mengapa ia teruk, jika baik bincangkan dengan keseronokan mengapa ia baik.

Tidak wajar kita memutuskan untuk menghukum sesebuah filem tanpa menontonnya. Kalau selepas membaca sinopsis dan tidak berpuas hati dengan sinopsisnya, laungkanlah seruan boikot terhadap sinopsis, bukannya filem.

Tidak adil untuk kita mengatakan semangkuk cendol itu tidak sedap hanya selepas melihat gambar cendol itu dipaparkan di laman Facebook kawan kita dan tertera pula status menyebut, “menyesal makan cendol ni. Tak sedap langsung.”

Adakah benar cendol itu tidak sedap untuk semua orang? Adakah dengan melihat gambar pegun kita sudah dapat merasai cendol itu secara benar? Atau adakah lebih jujur untuk kita pergi membeli sendiri dan merasai cendol itu dan kemudian memutuskan?

Filem juga seperti makanan. Kita hanya mengetahui rasa sesuatu makanan selepas kita merasainya dengan lidah. Begitulah juga dengan filem. Kita hanya mengetahui rasa sesebuah filem itu selepas kita merasainya dengan mata, telinga dan hati kita.

Enjoy menonton filem, jangan hanya enjoy menonton trailer!

You may be interested

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
183 views
Pendidikan
183 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
420 views
Ulasan Filem
420 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…

Syair panjang Si Bohemia!
Pendidikan
320 views
Pendidikan
320 views

Syair panjang Si Bohemia!

Kakisinema - 10 November, 2018

She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet 'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette Queen! Gergasi…