Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)

Oleh Farid Rahman

17 October, 2018
57 Views

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Keempat.

Teori Feminisme

Feminisme merupakan gerakan yang memperjuangkan keadilan dan persamaan hak antara wanita dan lelaki dalam pelbagai bidang. Teori feminis mula mendapat tempat di kalangan ahli-ahli Sosiologi sejak tahun 1960an. Teori tersebut menekankan bahawa kehidupan wanita adalah berbeza dengan lelaki kerana wanita diberi tanggungjawab membesarkan anak, juga kerana keperluan fizikal dan emosi yang lebih. Ahli-ahli feminis sering menggambarkan keadaan masyarakat kini adalah berasaskan sistem patriarki (patriarchy) iaitu masyarakat didominasi oleh kaum lelaki yang mendapat ganjaran hasil dari dominasi tersebut (Coleman & Cressey, 1999).

Sarah Gamble (2006) memberikan definisi umum feminisme sebagai ‘the belief that women, purely and simply because they are women, are treated inequitably within a society which is organized to prioritise male viewpoints and concerns’. Feminisme juga merupakan gerakan sosial yang bertujuan untuk mengubah status subordinat perempuan dalam masyarakat yang mengutamakan perspektif lelaki dan bertujuan untuk mengakhiri penindasan terhadap wanita (Komang, & Suwastini, 2013). Feminisme dapat dirumuskan sebagai keyakinan, gerakan dan usaha untuk memperjuangkan keserataan posisi perempuan dan lelaki dalam masyarakat yang bersifat patriaki (Komang, & Suwastini, 2013). Sehingga kini, feminisme mempunyai pelbagai cabang aliran yang wujud, yang telah berlaku dalam tiga gelombang daripada tahun 1792 hingga kini yang membawa kepada perjuangan wanita dalam menuntut keadilan terhadap status dan peranan mereka dalam masyarakat.

Kajian ini akan menggunakan aliran feminisme radikal dan mengaplikasikan teori feminisme radikal kerana filem KMBM menunjukkan sistem patriaki mengalami keretakan dan teori ini juga digunakan bagi membantu pengkaji melihat bagaimana pemaparan wanita dalam filem KMBM dipaparkan kerana aliran ini bersesuaian dalam tujuannya untuk memulihkan sesuatu sistem yang tidak seimbang dalam masyarakat terutamanya dalam struktur masyarakat patriaki yang menjadi punca utama dalam kewujudan aliran ini.

Feminisme radikal dikatakan muncul di Eropah dan di Utara Amerika (Dean, 2011). Aliran ini muncul sebagai reaksi atas budaya seksisme atau dominasi sosial berdasar gender di Barat pada tahun 1960-an. Aliran ini melawan kekerasan seksual dan industri pornografi. Aliran ini berpegang kepada pandangan bahawa penindasan terhadap wanita terjadi adalah akibat daripada sistem patriarki. Tubuh perempuan merupakan objek utama yang ditindas oleh kekuasaan lelaki dalam struktur patriaki. Penganut aliran ini juga menolak adanya institusi keluarga secara teori dan praktikal.

Menurut Maznah Mohammad dan Cecilia Ng (2006), politikal feminisme radikal muncul pada lewat 1960-an berikutan dengan gerakan wanita di Amerika Syarikat serta pergerakan perang anti-Vietnam. Kebanyakkan pengasas radikal feminisme terdiri daripada orang kelas putih, pertengahan, wanita terpelajat dan sekumpulan orang yang terlibat dengan kumpulan berhaluan kiri yang kecewa dengan dominasi lelaki. Aliran ini percaya bahawa sistem patriaki telah ‘menghalalkan’ perkhdimatan domestic wanita di rumah tanpa gaji serta pengeksploitasiaan badan wanita melalui perkahwinan, hamba seksual, pornografi, reproduksi dan rogol. Oleh itu, feminisme radikal dianggap telah disebabkan oleh kelas sosial, wanita ditindas oleh lelaki (Maznah Mohammad dan Cecilia Ng, 2006).

Millet mendakwa bahawa dominasi lelaki ke atas wanita merupakan ideologi yang paling berpengaruh dalam budaya kita serta membentuk struktur kuasa paling asas dalam masyarakat kita. Dalam konteks ini, masyarakat tersebut merupakan masyarakat patriaki yang separuh daripada lelaki mengawal separuh populasi wanita (Lindsey, 2015).

Menurut Maznah Mohammad dan Cecilia Ng (2006), (Maznah Mohammad dan Cecilia Ng, 2006).

Aliran ini juga percaya bahawa ancaman keganasan dan rogol merupakan cara patriaki mengawal semua wanita dan lelaki dipercayai berpotensi menggunakan keganasan fizikal terhadap wanita termasuk rogol dan membunuh (Lorber, 1997). Cara pemaparan wanita dipaparkan sebagai objek seks dalam media massa, pronografi dan eksploitasi global wanita dan kanak-kanak dalam dunia pelacuran juga dibenci oleh wanita (Lorber, 1997).

Namun aliran ini dikritik kerana hujahnya yang tidak merujuk kepada sejarah walaupun aliran feminisme radikal ini berlainan dengan Marxist dan aliran feminisme sosialis, namun feminisme radikal telah melihat kepada pembinaan sosial sebagai peristiwa yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana fenomena sejarah (Maznah Mohammad dan Cecilia Ng (2006). Namun aliran feminisme radikal turut dikritik kerana dilabelkan sebagai ‘class blind’ kerana tidak menerangkan hubungan ketidaksamarataan dan konflik yang berlaku antara lelaki berkulit gelap yang miskin dan wanita putih yang kaya (Maznah Mohammad dan Cecilia Ng (2006).

Dilahirkan di Ipoh, Perak, Farid Rahman merupakan seorang penulis, pengkaji filem dan penulis lagu untuk projek muzik penuh emosi: EFIL

You may be interested

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
73 views
Ulasan Filem
73 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…

Trailer Bukan Filem!
Pendidikan
152 views
Pendidikan
152 views

Trailer Bukan Filem!

Daniyal Kadir - 11 November, 2018

Baru-baru ini trailer filem Polis Evo 2 telah muncul di laman sosial dan ia merupakan perkara biasa sebagai sebahagian daripada…

Syair panjang Si Bohemia!
Pendidikan
249 views
Pendidikan
249 views

Syair panjang Si Bohemia!

Kakisinema - 10 November, 2018

She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet 'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette Queen! Gergasi…