Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 2)

Oleh Farid Rahman

15 October, 2018
207 Views

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Kedua.

Streotaip wanita dalam filem

“Gender-role stereotypes are characteristics of gender in traditional representations that draw differences between typical “feminine” behaviors from typical “masculine” behaviors in society” (Baker, 2007; Coyne et. al, 2014; Mayes & Val entine, 1979). Stereotaip gender terhasil dengan ciri-ciri seperti, wanita dianggap sebagai emosional, lelaki adalah kuat dan memimpin keluarga. Gender stereotaip juga mampu wujud dalam pekerjaan harian seperti perempuan sebagai jururawat, seketeriat, dan lelaki pula sebagai bomba, juruterbang dan petani (Kayla Krahn, 2015).

“According to Eagly (1987), “gender-stereotype studies have shown that the majority of the beliefs that people hold about the differences between men and women can be summarized in terms of two dimensions, the communal and the agentic” (p. 16)” (Kayla Krahn, 2015). Communal qualities merupakan ciri-ciri yang tidak mementingkan diri sendiri dan bersifat prihatin terhadap individu lain. Lain pula dengan agentic qualities yang merupakan sifat yang tegas terhadap diri serta merangkumi pengembangan diri yang tegas dalam mengusai sesuatu perkara. Wanita telah dilihat mewakili nilai-nilai communal manakala lelaki mewakili nilai-nilai agentic (Diekman & Eagly, 2000; Eagly, 1987; Eagly & Steffen, 1984; Hoffman & Hurst, 1990). Namun, streotaip terhadap wanita dilihat seakan diperkukuhkan dalam struktur masyarakat patriaki.

Struktur masyarakat patriaki, eksploitasi terhadap wanita sering kali dikukuhkan bagi mencapai kehendak sosial dan budaya kaum lelaki yang dominan dalam struktur masyarakat tersebut. Seperti yang dikatakan oleh Marx, asas pembentukan masyarakat adalah faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, modal, ekonomi dan perdagangan. Pembentukan sesebuah masyarakat baru adalah hasil daripada perjuangan antara kelas untuk menguasai ekonomi. Ini bermakna setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan dan kehendak yang berbeza antara satu sama lain (Shaharuddin, 2013). Kata-kata Marx telah mencerminkan bagaimana kaum lelaki dalam masyarakat patriaki telah mengeksploitasi kaum wanita dalam sturktur masyarakat agar kaum lelaki lebih dominan dan mencapai kepentingan yang ingin mereka perolehi berdasarkan eksploitasi terhadap kaum wanita.

Eksploitasi tersebut berterusan sehingga telah membentuk imej stereotaip wanita yang negatif dalam struktur masyarakat patriaki. Dalam konteks wanita Melayu pula, mereka juga tidak lari daripada selalu distereotaipkan sebagai golongan yang lemah, tidak berkuasa dan perlu menurut kata-kata kaum lelaki seperti yang dikatakan oleh  Ruzy Suliza (2006) wanita Melayu tradisional digambarkan sebagai yang pasif, setia, tekun, pasrah, submisif dan suci. Selain itu, dalam sastera lisan Melayu, watak wanita cantik digambarkan sabar menanti kedatangan jejaka yang akan membantunya pada saat yang genting. Pergantungan wanita pada lelaki menunjukkan kelemahan wanita dan kekurangan ikhtiar mereka untuk berdikari (Ruzy Suliza, 2006). Stereotaip juga dibentuk daripada pemerhatian yang dihasilkan daripada melihat aktiviti masyarakat dan aktiviti tersebut telah ditentukan oleh peranan seseorang itu yang telah membangkitkan streotaip wanita dan lelaki apabila melakukan peranan berbeza dalam kehidupan sosial. Tren streotaip gender ini berterusan termasuklah di dalam filem, sehingga menimbulkan ketidakseimbangan pemaparan gender dalam filem. Stereotaip negatif terhadap kaum wanita juga dapat dilihat dalam pelbagai medium media antaranya seperti di dalam filem.

Juliana dan Mahyuddin (2009) mengatakan bahawa filem dapat dilihat sebagai satu medium untuk menstrukturkan proses pengeluaran makna dalam masyarakat. Konsep yang dibangunkan dalam tradisi Marxist adalah merupakan ideologi yang memperkatakan bagaimana masyarakat distruktur supaya kelas atasan mempunyai kuasa dan kawalan terhadap orang bawahan (Abdul Wahab, & Ahmad, 2009). Sebagai contoh, lelaki seringkali mendominasi sebagai watak hero dan perempuan hanyalah pelengkap di dalam sesuatu filem yang memegang sebagai watak yang lemah, dan memerlukan pertolongan lelaki (Hassan Muthalib, 2013). Perkara ini jelas dapat dilihat dalam filem Gerimis (1968) yang menceritakan tentang Leela yang mahu berkahwin dengan Kamal namun tersekat dengan sistem doniman patriaki, keluarga, dan agama. Watak Leela juga dipaparkan sebagaimana yang dimahukan dalam visual male gaze iaitu dengan pemaran imej penari yang berpakaian tradisional India di kelab malam dan ini seakan mengukuhkan apa yang dikatakan stereotaip negatif terhadap wanita di dalam filem kerana pemaparan tersebut telah memperkukuhkan nilai-nilai male gaze terhadap filem tersebut terutamanya melalui watak Leela. Keadaan ini telah membentukkan ideologi-ideologi tertentu dalam perletakkan pemaparan gender dalam filem.

Ideologi dalam filem dan lain-lain produk budaya memperlihatkan keadaan sosial dan budaya dalam sesebuah masyarakat dan telah distruktur agar ia boleh diterima oleh masyarakat sebagai satu keadaan semula jadi yang tidak perlu dipersoalkan (Juliana & Mahyuddin, 2009). Ideologi dalam konteks tersebut adalah apa yang benar-benar wujud seperti yang dikatakan Althusser (1984) bahawa ideologi merupakan pengalaman kehidupan kita yang sebenar. Ideologi patriaki dalam filem misalnya telah membentuk stereotaip negetif wanita yang dilihat telah didominasi dan dieksploitasi oleh kaum lelaki dan media filem juga dilihat sebagai agen yang lebih berkesan untuk menyalurkan stereotaip tersebut terhadap masyarakat dalam sfera awam.

Dilahirkan di Ipoh, Perak, Farid Rahman merupakan seorang penulis, pengkaji filem dan penulis lagu untuk projek muzik penuh emosi: EFIL

You may be interested

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
75 views
Ulasan Filem
75 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…

Trailer Bukan Filem!
Pendidikan
152 views
Pendidikan
152 views

Trailer Bukan Filem!

Daniyal Kadir - 11 November, 2018

Baru-baru ini trailer filem Polis Evo 2 telah muncul di laman sosial dan ia merupakan perkara biasa sebagai sebahagian daripada…

Syair panjang Si Bohemia!
Pendidikan
249 views
Pendidikan
249 views

Syair panjang Si Bohemia!

Kakisinema - 10 November, 2018

She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet 'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette Queen! Gergasi…