Femme Fatale, Patriaki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 1)

Oleh Farid Rahman

14 October, 2018
154 Views

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Pertama.

Pada tahun 2007, Mamat Khalid telah menghasilkan sebuah filem bergenre neo noir yang berjudul, Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) yang mengisahkan tentang seorang wartawan yang ingin menyelesaikan kes-kes misteri di pekan Senduduk Rimbun yang akhirnya menemukan dia dengan pelbagai kisah dan individu misteri di dalam pekan tersebut. Seperti filem-filemnya yang lain dalam filem (KMBM), Mamat Khalid menggunakan parodi dan satira untuk mengkritik isu-isu sosial dalam filem tersebut, seperti isu sosial terhadap masyarakat Melayu, isu etika media serta krtitikan terhadap keadaan politik di negara ini.

Dalam filem tersebut, watak hero sengaja dilakonkan sebagai seorang yang naif dan mengalami keretakan maskuliniti, namun watak-watak perempuan yang bertindak sebagai femme fatale, telah mengukuhkan kedudukan wanita dalam filem tersebut. Namun, stereotaip terhadap perempuan atau ‘male gaze’ masih terdapat dalam filem tersebut yang dipaparkan sebagai lemah, seksi, dan memerlukan pertolongan lelaki. Tulisan ini akan melihat dua perkara utama, yang pertama ialah keretakan maskuliniti watak hero dalam filem KMBM yang dipaparkan sebagai lemah, dan yang kedua ialah bagaimana watak femme fatale diapaparkan dengan peranan mereka serta pemberontakan mereka dalam melawan sistem patriaki.

Parodi dan satira merupakan satu genre yang kerap digunakan di dalam filem arahan Mamat Khalid, seperti di dalam filem Man Laksa (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010). Dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM), parodi dan satira digunakan bersama dengan genre neo noir. KMBM turut memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21 pada tahun 2008. Filem tersebut juga telah dipilih untuk ditayangkan di beberapa festival filem di Itali, New York, dan Korea Selatan.

Mamat Khalid menerangkan bahawa filem KMBM dibuat untuk memberi penghormatan kepada filem-filem klasik Melayu yang terdahulu daripada zaman Golden Era yang merupakan zaman dimana, filem-filem Melayu disambut begitu popular dalam masyarakat. “Many cultural observers have said more than once that Malay movies of the 50s and 60s were so popular not because they were excellent cinema (some were) but because there was little competition. The competition the Malay movies had were actually movies from other countries – mainly Hongkong, Indonesia and the US. So to say the Malay movies were popular and lived the Golden Age because they had no competition was wrong. They were popular because they were unique and they were Malay movies – plain and simple.” (Wayang, 2017). Oleh itu, beberapa babak dalam KMBM telah menggunakan set seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok (1960), dan juga babak lakonan yang dilakonkan semula seperti dalam filem Sumpitan Rachun (1961), dan Si Tora Harimau Jadian (1964).

Filem bergenre neo noir menggunakan watak protagonis hero yang selalunya mengalami dilema dan hidup dalam keterasingan yang mempunyai perasaan positif terhadap apa yang akan berlaku di dalam hidupnya. Neo noir juga mendedahkan bagaimana beberapa watak mengkianati sesama sendiri di dalam plot tipikal filem yang bergenre tersebut (Silver and Ursini, 1999). Terdapat juga watak wanita yang bertindak sebagai ‘femme fatale’ yang mempunyai agendanya yang tersendiri dengan menggunakan watak hero dalam mencapai agendanya (Silver and Ursini, 1999). Seperti peranan watak femme fatale dalam filem KMBM, kesemua mereka memainkan peranan mereka dalam membawa watak hero menjadi pasif. Dalam buku Film Noir (2012), Luhr juga mengatakan, penceritaan filem noir adalah menurut perspektif narrator yang membawa penonton kedalam emosi kebimbangan, kegagalan dan perasaan terperangkap yang dihadapi oleh watak protagonis.

Ideologi dalam filem dan lain-lain produk budaya memperlihatkan keadaan sosial dan budaya dalam sesebuah masyarakat dan telah distruktur agar ia boleh diterima oleh masyarakat sebagai satu keadaan semula jadi yang tidak perlu dipersoalkan (Juliana Abdul Wahab, 2009). Di Malaysia, penguasaan dominan dalam masyarakat masih lagi dikuasi oleh golongan lelaki melalui struktur ideologi partriaki. Dominasi kaum lelaki dalam juga terjadi dalam filem masih lagi membelenggu masyarakat Malaysia, hal ini dapat dilihat apabila watak hero adalah kebanyakkanya terdiri daripada lelaki dan wanita dipaparkan secara lemah dan memerlukan watak lelaki untuk menyelamatkannya. Sebagai contoh, filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P.Ramlee, kesemua watak wanita di dalam filem tersebut memerlukan watak lelaki untuk menyelamatkan mereka daripada watak-watak antagonis dan filem tersebut jelas mencerminkan realiti masyarakat pada ketika itu yang didominasi oleh kaum lelaki.

Gender dilihat sebagai satu konstruk oleh masyarakat, dan peranan gender dalam setiap bidang adalah lain termasuklah filem. Walaupun kemunculan pengarah-pengarah feminis pada tahun 1990, melalui pergerakan Malaysia New Wave, yang dipelopori oleh Suhaimi Baba dan Erma Fatima, yang memaparkan watak wanita sebagai dominan, dan tidak lagi pasif. Pengarah filem di Malaysia kebanyakkannya gagal untuk melihat perkara tersebut sebagai satu revolusi penentangan terhadap diskriminasi kaum wanit dan terus memaparkan watak wanita sebagai pasif dan seakan mengukuhkan lagi streotaip negetif terhadap wanita di dalam kebanyakkan filem di negara ini.

Justeru tulisan ini akan melihat dan mengkaji keretakan maskuliniti watak hero dan pemaparan serta stereotaip watak-watak femme fatale dalam filem KMBM dengan persoalan-persoalan yang wujud bagi menjawab objektif tulisan ini iaitu seperti, bagaimanakah watak hero di dalam filem KMBM mengukuhkan maskuliniti? dan bagaimanakah watak-watak femme fatale menentang pengukuhan patriaki di dalam filem KMBM?

Dilahirkan di Ipoh, Perak, Farid Rahman merupakan seorang penulis, pengkaji filem dan penulis lagu untuk projek muzik penuh emosi: EFIL

You may be interested

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
37 views
Pendidikan
37 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
53 views
Pendidikan
53 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 2)
Pendidikan
93 views
Pendidikan
93 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 2)

Kakisinema - 15 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Kedua. Streotaip wanita dalam filem “Gender-role stereotypes are characteristics of…