10 Perkara Tentang PASKAL Yang Anda Tentu Suka

3 October, 2018
605 Views

Oleh Fikri Kacak

Pada mulanya aku agak skeptikal dan serik mahu menonton filem melayu berunsur ketenteraan kerana pengalaman lampau mengajar aku untuk lebih berhati-hati. Tetapi lepas tengok ramai kawan-kawan beri respon positif, aku gagahkan hati pergi menonton.

Surprisingly, banyak benda yang aku suka tentang filem ini.

1.   Aku suka dialog dalam filem ini yang santai, kasar dan raw berbanding filem melayu berunsur ketenteraan lain yang lebih ketat, formal dan keras.

“Dekat sini bukan tempat nak tunjuk telur siapa yang lebih besar!” – Komander Maznan

“Kalau kau tak jadi berhenti kerja, kau beritahu aku. Senang aku nak cari tapak kubur dekat sini!” – Emak Arman

“Tunggu aku mati dulu baru kau boleh beritahu Lily.” – Joshua

2.   Aku suka filem ini dimulakan dengan aksi lasak Pasukan PASKAL dalam misi menyelamatkan Kapal Bunga Laurel dari tawanan lanun di Teluk Aden. Hebat betul aksi sniper oleh Gagak dari atas helikopter.

3.   Aku suka setiap watak dalam team Alpha. Setiap orang ada karakter tersendiri. Gagak si penembak tepat, Misi yang ada kelebihan ilmu perubatan, Yan si joker yang kerap membebel dengan slanga utara, Arman dan Ustat being Ustaz for the team. Setiap orang ada kelebihan sendiri dan menonjol.

4.   Aku suka momen di mana Arman terpaksa buat keputusan sama ada ingin teruskan kehidupan sebagai anggota PASKAL atau berhenti kerja dan jaga emaknya yang sudah tua; babak di mana dia nak basuh baju. Tangan kirinya pegang uniform PASKAL dan tangan kanannya pegang baju emaknya yang berdarah.

5.   Aku suka bila diselit sedikit scene latihan PASKAL seperti tahan nafas dalam air (badan masing-masing tough gila), dikurung dalam sangkar dan berendam dalam paya, tempur pisau dan lain-lain lagi.

6.   Aku suka muzik yang berputar dalam scene aksi dan tempur. Buat aku terbuai dalam imajinasi menjadi seorang anggota PASKAL.

7.   Aku suka watak Komander Maznan. Sangat-sangat Nam Ron. Aku suka cara dia jadi jurulatih. Suaranya kedengaran lunak memaki hamun bila cuba menggoncang iman pelatih untuk give up.

8.   Aku suka bila ditonjolkan aksi kapal selam dalam filem ini. Bertambah poin untuk dibandingkan dengan filem barat. Aku suka scene anggota PASKAL keluar dari kapal selam untuk mulakan misi menyelamat.

9.   Aku suka jargon-jargon ketenteraan yang digunakan sepanjang filem ini. Penentuan jarak menggunaan terma “Cable”, semakan rintangan angin dan jarak untuk membantu penembak tepat, isyarat tangan sepanjang misi dijalankan. Aku rasa macam dah jadi pandai sikit bila tahu jargon-jargon sebegini. Terimbau memori main permainan komputer, Counter Strike.

10.   Filem ini tentang kejantanan dan tanggungjawab. Tiada watak heroin cantik dan seksi diperlukan. Scene romance pun sangat minima. Cukup sekadarnya. Just nice. Watak hero cuma bertarung dengan konflik dalam diri untuk pilih tanggungjawab kepada keluarga atau kepada negara. Bukan bertarung emosi dengan makwe merajuk sebab hero lebih pentingkan kerja dari makwe sendiri.

Korang pergi la menonton. Siapa yang nak sokong filem Malaysia yang bagus di pawagam jika bukan kita sendiri.

You may be interested

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
33 views
Pendidikan
33 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
53 views
Pendidikan
53 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 2)
Pendidikan
92 views
Pendidikan
92 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 2)

Kakisinema - 15 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Kedua. Streotaip wanita dalam filem “Gender-role stereotypes are characteristics of…