Munafik 2 Yang Sembilu

17 September, 2018
486 Views

Oleh Azhan Uthman

Ini ulasan Munafik 2 yang aku baru tengok semalam. Panggung penuh sampai tak dapat duduk sekali dengan orang rumah. Majoriti penonton perempuan gaya pelajar sekolah dan IPT. Sebaris tempat duduk aku semua perempuan dan aku terselit di tengah.

Aku nak tanya, kalau kita bercakap dengan kawan atau sesiapa saja kita kenal, berapa kali kita sebut nama dia? Jawapannya, tak sebut langsung! Kita cuma sebut nama orang tu masa panggil dia saja. Lepas tu kita akan sembang macam biasa.Tapi dalam Munafik 2 setiap kali kau bercakap, kau kena sebut nama orang tu. Contoh:

“Kenapa kau buat macam tu, Man?”
“Sul, kau memang tak faham aku…”
“Aku sayang kau Milah…”

Aku dah hadap semua ni sejak Sembilu dulu. Rimas, kusut dan potong stim. Tak pasal-pasal dialog yang patut serius, aku boleh tetiba gelak.

Watak utama semua tegang. Daripada Abuja yang jelas berpenampilan seperti kultus iblis yang entah macam mana orang boleh terpedaya, sampailah ke Ustaz Adam (Shamsul) yang intonasi bercakap tak ubah macam berlakon atas drama pentas. Aku rasa intonasi Ustaz Azman (Fizz Fairuz) dan Ustaz Azhar (Mawi) lebih relaks dan hidup.

Setiap kali ada babak Abuja berjalan bersama rakan kultus, entah kenapa aku teringat perjumpaan kumpulan samseng dalam KL Gangster. Bezanya, aksi cabar mencabar dan maki memaki digantikan babak nasihat agama, tazkirah dan petikan surah.

Kenapa nak kena sebut jin Yahudi? Aku rasa kalau tak disebut pun tak mengurangkan apa-apa kesan. Atau ada mesej anti-semitik?

Tapi kesilapan paling besar bagi aku ialah latar filem. Munafik 2 patut berlatar belakangkan era 1940an hingga 1960an. Boleh baca novel Bercakap dengan Jin (Tamar Jalis). Ini untuk merasionalkan penonton tentang kenapa kejahatan dan kesesatan kultus Abuja kekal terpelihara. Kerana kesesatan cara Abuja itu cuma sesuai dan relevan untuk era itu saja.

Tapi, apabila sudah berlatarkan zaman Malaysia Baharu, yang pasukan kecemasan boleh kita hubungi semudah menekan 999 atau WhatsApp, benda macam ni buat kau fikir pasal ustaz Adam, ustaz Azhar, Pak Rahim (ayah), dan Sakinah yang nampak sangat tak cerdik. Tak fikir keselamatan ke apa? Hangpa tak tau ka WhatsApp ada fungsi kongsi lokasi secara live selama 8 jam? Tak nampak pun babak pegang telefon.

Benda patut dipuji pula ialah perasaan sengsara yang berjaya dipaparkan Shamsul. Kau boleh terbayangkan kisah sahabat Nabi diseksa masa awal Islam macam Bilal, Zubair dan keluarga Sumaiyah. Kau boleh teringatkan filem ‘The Passion of The Christ’ (Mel Gibson).

Dengan mata bening berkaca, dan air mata darah bercucuran, serta mulut tidak henti-henti memetik pesan-pesan agama laksana Bilal menyebut Ahad! Ahad! Ahad! ketika dada dihempap batu, segala seksa yang diterima Ustaz Adam dengan cukup redha dan pasrah mampu membuat jiwa penonton, Melayu khususnya bergoncang dan meruntun sayu. Pehhhh… perasaan yang ini aku boleh katakan menyamai babak agung Awie melihat Wati dinikahkan tanpa dia perlu mengalirkan air mata dan hanya diiringi lagu Ukiran Jiwa. Sedih kau dibawa bersama Awie.

Shamsul nampaknya sudah berjumpa rahsia dan resepi tentang macam mana ayahnya Yusof menghasilkan filem yang orang-orang art tuduh entah apa-apa, tetapi faktanya mereka gagal memahami perasaan. Maksud aku perasaan yang inilah. Tepat pada masa. Inilah yang patut dikaji mereka betul-betul.

Satu lagi, budak perempuan sebelah aku menangis teresak-esak sampai terangkat-angkat bahu dia. Ini betul-betul pengalaman pertama aku sepanjang tengok wayang dalam hidup.

You may be interested

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
183 views
Pendidikan
183 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
420 views
Ulasan Filem
420 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…

Trailer Bukan Filem!
Pendidikan
224 views
Pendidikan
224 views

Trailer Bukan Filem!

Daniyal Kadir - 11 November, 2018

Baru-baru ini trailer filem Polis Evo 2 telah muncul di laman sosial dan ia merupakan perkara biasa sebagai sebahagian daripada…