Sridevi Meninggal Dunia

25 February, 2018
503 Views

Bintang filem terkenal India yang dianggap ikon dan legenda, Sridevi meninggal dunia di Dubai akibat serangan jantung malam semalam pada usia 54 tahun. Sridevi berada di Dubai kerana menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya.

Beliau yang mula berlakon seawal usia empat tahun dianggap sebagai bintang filem sejati India kerana telah berlakon di dalam filem-filem pelbagai bahasa di negara berkenaan termasuk Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada dan Hindi.

Selama lebih lima dekad terbabit dalam bidang perfileman, Sridevi akan dikenang sebagai sebagai legenda yang membintangi lebih 150 filem seperti Nagina, Mr. India, Lamhe ChaalBaaz,  Kshana Kshanam, Meendum Kokila dan 16 Vayathinile.

Sepanjang perjalanannya sebagai pelakon, Sridevi telah menerima empat anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filmfare dan dicalonkan sebanyak lapan kali untuk kategori sama di anugerah berkenaan. Beliau berkahwin dengan pengarah dan penerbit terkenal, Booney Kapoor yang juga abang kepada pelakon terkenal, Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor. Sebelum itu pada tahun 1985 Sridevi pernah berkahwin dengan seorang lagi legenda, Mithun Chakraborty, namun pasangan berkenaan bercerai pada tahun 1988.

Filem terakhir beliau ialah Mom yang ditayangkan pada tahun 2017 dan lakonan Sridevi menerima pujian tinggi daripada pengkritik.

Selamat jalan legenda.

You may be interested

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun
Pendidikan
306 views
Pendidikan
306 views

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun

Daniyal Kadir - 18 December, 2018

Tulisan ini tidak sama sekali mendakwa bahawa ianya adalah grand theory untuk filem Dukun. Dain Said menanam pelbagai lapis teks…

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
315 views
Acara
315 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
402 views
Pendidikan
402 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…