Minta Cerai Kerana Tandas

Oleh Maisarah Mohd Pauzi

24 February, 2018
304 Views

Sememangnya perceraian adalah lumrah bagi pasangan yang sudah tidak serasi dalam perkahwinan. Dan tidak dinafikan, sesetengah perkahwinan berakhir dengan perceraian kerana punca-punca yang remeh.

Pernahkah anda mendengar isteri meminta cerai hanya kerana sebuah ‘toilet’? Kedengaran terlalu aneh, bukan? Lebih menariknya, isu ini telah dikupas di dalam filem berjudul Toilet: Ek Prem Katha.

Ia sebuah filem komedi romantik bersalut satira tentang krisis tandas di India. Filem ini diinspirasikan oleh kisah benar tentang seorang isteri (Jaya) yang menuntut cerai kerana rumah suaminya (Kesyav) tidak ada tandas. Di kampung suaminya, semua orang melepaskan hajat di ruang terbuka. Malah, kaum perempuan terpaksa bangun sebelum subuh untuk melepaskan hajat beramai-ramai di kawasan ladang!

Isu ini bukan sebuah isu yang main-main. Budaya buang air di kawasan terbuka ini jugalah yang menyebabkan kaum perempuan diperkosa dan diperlecehkan di sana. Ketika orang perempuan sedang membuang hajat di sebalik semak dan belukar, ada saja lelaki yang melintas di kawasan berdekatan menyuluhkan lampu. Oleh kerana hendak melindungi diri, perempuan-perempuan ini menutup wajah mereka dengan kain. Sampai begitu sekali keadaan mereka. Dahsyat bukan?

Budaya patriaki yang didedahkan dalam filem ini antara jalur patriaki yang ekstrim kerana perempuan di kampung tersebut hanya menerima budaya yang menjatuhkan maruah mereka sendiri.  Walau bagaimanapun, isu perceraian antara Jaya dan Kesyav mula menjadi bibit permulaan sebuah tuntutan terhadap tandas awam di kampung mereka.

Semuanya bermula apabila Jaya sudah putus asa dengan keadaan kampung suaminya yang bukan saja tidak ada tandas, malah ketika Kesyav ingin membina tandas di halaman rumah, ayahnya menentang. Tindakan ayahnya juga disokong orang kampung.  Kecewa dengan keadaan itu, Jaya balik ke rumah keluarga dan meninggalkan suaminya.

Filem ini menonjolkan nilai hak asasi manusia yang bertembung dengan budaya kolot masyarakat di situ. Tidak kurang juga, agama dan kepercayaan turut dikritik dalam beberapa babak ketika Kesyav mempertahankan ideanya untuk membina tandas.

Kalau nak kahwin, mesti bina tandas!”

Filem arahan Shree Narayan Singh ini menampilkan Akshay Kumar dan Bhumi Pednekar sebagai pelakon utama.

Maisarah Mohd Pauzi

 

You may be interested

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun
Pendidikan
136 views
Pendidikan
136 views

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun

Daniyal Kadir - 18 December, 2018

Tulisan ini tidak sama sekali mendakwa bahawa ianya adalah grand theory untuk filem Dukun. Dain Said menanam pelbagai lapis teks…

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
157 views
Acara
157 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
272 views
Pendidikan
272 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…