Kattapava Kanom: Tuah Di Sebalik Ikan

Oleh Addy Haikal

24 February, 2018
238 Views

Melihatkan filem ini mengingatkan aku dengan filem Baik Punya Cilok (2005) arahan Afdlin Shauki. Filem yang bertemakan ikan, selain filem Free Willy yang sangat popular zaman VCR dulu.

Namun, filem Kattapava Kanom sangat dekat dengan filem Baik Punya Cilok kerana pembabitan twist dan gangsterisme disamping bertemakan komedi.

Pandian seorang yang dianggap lelaki malang dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan gadis yang namanya bermula dengan huruf C. Ayah Pandian sangat percaya dengan tilikan dan feng shui. Antara topik yang jarang-jarang diketengahkan dalam filem Tamil.

Tilikan nasib ini juga mempengaruhi seorang gangster, Vanjaram yang ingin cuci tangan dan menjadi ahli politik. Beliau percaya, ikan arowana belaannya sangat bertuah sehingga menjadikannya kaya.

Namun, nasib Vanjaram berubah apabila ikannya dicuri oleh pencuri kecil yang pernah mengambil upah untuk mengecat rumahnya. Atas kesilapan bodoh, akhirnya ikan arowana tersebut jatuh ke tangan Pandian.

Pandian memulakan hidup sendiri selepas memilih untuk berkahwin dengan Meena yang ditolak oleh ayahnya kerana namanya bukan bermula dengan huruf C.

Mereka menghadapi masa sukar kerana kewangan yang tidak stabil, ditambah perangai Pandian yang panas baran. Hidup mereka berubah selepas rakan wanita Pandian ‘Suprise’ Shiela yang menghadiahkan ikan arowana itu kepada pasangan muda ini.

Umum mengetahui warga India masih lagi kuat berpegang pada perkahwinan aturan keluarga berbanding perkahwinan atas dasar cinta. Walaupun banyak filem yang cuba membuka mata penonton untuk melupakan adat perkahwinan aturan, namun masih banyak juga filem yang menyokong perkahwinan aturan ini.

Filem ini menunjukkan kesukaran hidup jika berkahwin kerana cinta. Dan cinta bukanlah segala-galanya.

Sewaktu pasangan ini mula ingin percaya tentang kekuasaan ikan tersebut, mereka didatangi oleh tiga perompak selepas berdoa untuk mendapatkan 10 juta Rupees. Kepercayaan mereka lebih lagi apabila sang perompak berjanji untuk memberikan 10 juta jika mereka memberitahu di mana letaknya 40 juta hasil rompakan mereka.

Pandian dan Meena pernah membantu seorang yang ingin mati, namun tahu di mana lokasi wang tersebut. Namun yang mereka tahu hanyalah klu yang tidak memberi manfaat kepada mereka sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Vanjaram juga mengupah seorang detektif untuk mencari semula ikannya yang hilang.

Di sini, sekali lagi pengarah menambahkan tuah dalam filemnya kerana mewatakkan seseorang yang berjari enam dalam filem ini. Walaupun ianya adalah cacat, namun orang yang memiliki jari yang lebih dianggap bertuah kerana semenjak dari dalam perut lagi, dia mempunyai lebihan anggota badan.

Detektif berjaya mengesan lokasi ikan bertuah ini namun kerana ketamakan, beliau ‘mark up’ wang tebusan yang diminta Pandian, yang asalnya ingin menghalau 3 orang perompak 40 juta dari rumahnya.

Kekeliruan ini diselesaikan dengan arak. Hal arak dalam filem Tamil sering juga dibangkitkan. Paling kerap mereka kritik hal kedai arak yang dimiliki oleh kerajaan. Tapi perkara asas diswastakan.

Pengaruh arak dalam filem ini juga agak besar, kerana pertemuan Pandian dan Meena juga di kelab malam dan mereka bercinta dalam keadaan mabuk.

Soundtrack dalam filem ini cuma ada tiga dan kesemuanya untuk scene percintaan Pandian dan Meena.

Terdapat juga watak yang lemah dalam filem ini. Watak seorang ahli silap mata dan anaknya. Watak sampingan itu ditonjolkan seperti akan ada sesuatu menarik berlaku pada mereka, tapi sampai habis filem aku tak nampak kesudahan yang baik.

Filem ini agak santai dan sesuai ditonton seisi keluarga.

Addy Haikal

You may be interested

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun
Pendidikan
307 views
Pendidikan
307 views

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun

Daniyal Kadir - 18 December, 2018

Tulisan ini tidak sama sekali mendakwa bahawa ianya adalah grand theory untuk filem Dukun. Dain Said menanam pelbagai lapis teks…

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
316 views
Acara
316 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
403 views
Pendidikan
403 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…