Soderbergh Bikin Filem Guna iPhone

22 February, 2018
105 Views

Filem terbaru arahan Steven Soderbergh berjudul Unsane ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin semalam dan apa yang menarik, filem ini dirakam menggunakan kamera dari telefon pintar, iPhone 7 Plus.

Apa yang dilakukan Soderbergh ini satu dimensi baru terhadap penerokaan visual dan melihat bagaimana hasil seni yang menarik mampu dibentuk dengan menggunakan medium kamera dari telefon pintar.

Menurut Soderbergh yang terkenal dengan filem Traffic dan Erin Brokovich, Trilogi Ocean’s dan Sex, Lies And Videotape, Unsane disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu dan beliau melihat usaha ini sebagai satu manifestasi bagaimana usaha melaksanaan idea semakin mudah pada masa kini.

Namun begitu, beliau mengakui masih terdapat beberapa kekangan apabila membikin filem menggunakan telefon pintar.

Namun begitu, Unsane bukanlah filem pertama yang disiapkan menggunakan telefon pintar. Sebelum ini, Sean Baker yang kini sedang hangat dengan filem The Florida Project juga pernah membikin filem berjudul Tangerine pada 2015 yang menggunakan 3 unit iPhone 5s.

You may be interested

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)
Pendidikan
5 views
Pendidikan
5 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)

Kakisinema - 17 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Keempat. Teori Feminisme Feminisme merupakan gerakan yang memperjuangkan keadilan dan…

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
72 views
Pendidikan
72 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
67 views
Pendidikan
67 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…