The Shape of Water Karya Plagiat?

22 February, 2018
326 Views

David Zindel, anak lelaki penulis terkenal yang pernah memenangi Anugerah Pulitzer, Paul Zindel telah memfailkan kes di mahkamah ke atas pengarah filem The Shape of Water, Guillermo del Toro dan penerbit filem berkenaan, Fox Searchlight kerana filem berkenaan dikatakan melanggar hak cipta, meniru dan mempunyai persamaan dengan karya drama Paul pada tahun 1969 berjudul Let Me Hear You Whisper.

The Shape of Water yang menerima 13 pencalon Academy Awards ke-90 dikatakan telah mengeksploitasi karya drama berkenaan dan David menyatakan produksi filem ini sewajarnya memberikan kredit dan mendapatkan kebenaran sah untuk menggunakan karya bapanya itu.

Menurut David, The Shape of Water mempunyai persamaan nyata dengan Let Me Hear You Whisper dari segi konsep, karakter, tema dan plot. Secara umumnya The Shape of Water yang ditulis secara bersama-sama oleh Del Toro dan Vanessa Taylor mengisahkan seorang tukang cuci di sebuah makmal di Baltimore yang jatuh cinta dengan seekor makhluk laut yang cuba diselamatkannya.

Let Me Hear You Whisper juga mempunyai kisah yang sama, tentang seorang tukang cuci di sebuah makmal yang mempunyai hubungan dengan seekor makhluk laut yang cuba diselamatkannya.

Dalam kes yang difailkan, David memohon ganti rugi untuk jumlah kutipan lebih USD70 juta yang dicatatkan filem berkenaan.

Pihak Fox Searchlight dalam satu kenyataan menganggap tindakan David sebagai tidak berasas dan pihak produksi itu akan mengambil tindakan menolak kes berkenaan.

You may be interested

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)
Pendidikan
5 views
Pendidikan
5 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)

Kakisinema - 17 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Keempat. Teori Feminisme Feminisme merupakan gerakan yang memperjuangkan keadilan dan…

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
72 views
Pendidikan
72 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
67 views
Pendidikan
67 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…