Black Panther: Emosi dan Dendam

Oleh Sham Hardy

Skor Keseluruhan:
4/5
21 February, 2018
209 Views

Black Panther merupakan filem terakhir dalam fasa ketiga Marvel Cinematic Universe, sebelum semua ahli Avengers bersatu menentang musuh utama mereka iaitu Thanos, dalam filem Avengers: Infinity War Part 1 pada bulan Mei ini. Filem ini merupakan pengenalan kepada penonton untuk mengenali lebih dekat lagi watak Black Panther, serta negara dan masyarakat di negara Wakanda.

Pemulaan filem ini mengambil masa yang agak panjang untuk menerangkan tentang konsep Black Panther serta negara Wakanda itu sendiri, dan bagaimana bahan Vibranium digunakan oleh masyarakat dalam Wakanda untuk infrastuktur dan kekayaan negara tersebut. Kemudian cerita bersambung tentang watak T’Challa yang masih lagi terkesan dengan tragedi dari filem Captain America: Civil War yang lepas, sehinggalah beliau dinobatkan sebagai raja dengan melalui pelbagai tradisi diraja turun-temurun Wakanda.

Perkara yang begitu menarik perhatian saya ketika menonton filem ini adalah penggunaan warna yang pelbagai dari banyak kaum dan budaya disana, menjadikan filem ini merupakan filem superhero yang penuh budaya pernah Marvel terbitkan. Malah watak wanita juga banyak kali diangkat dalam filem ini, yang kadangkala dalam beberapa misi atau rintangan yang berlaku, kelihatan seperti Black Panther adalah lelaki di kalangan ramai wanita.

Watak Killmonger lakonan Michael B. Jordan adalah hebat. Matlamat beliau untuk pergi ke Wakanda sendiri dan menumpaskan Black Panther merupakan satu sebab yang sangat emosi dan penuh dendam. Ironinya, dalam filem Black Panther ini sendiri, kelihatan seperti watak Black Panther itu agak tenggelam berbanding watak sokongan yang lain, terutamanya watak penjahat Killmonger, yang kelihatan seperti penggerak kepada jalan cerita filem ini.

Dua orang Hobbit, atau nama mereka berdua dalam filem ini, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, dan Andy Serkis sebagai Ulysses Klaue yang pernah muncul sebelum ini dalam Avengers: Age of Ultron, merupakan watak sokongan yang membantu watak superhero dan penjahat utama dalam merealisasikan misi masing-masing. Agak terkejut juga apabila melihat watak Klaw terhenti begitu sahaja, tetapi watak Ross, seperti lakonan pelakonnya juga sebagai watak Bilbo Baggins dalam dua filem akhir The Hobbit. Lebih kurang.

Penonton harus faham bahawa Black Panther adalah seperti filem Captain America yang pertama, ia sebuah filem pengenalan dan penonton harus menontonnya untuk mengenali lebih lanjut Black Panther sebagai antara watak yang utama dalam Marvel Cinematic Universe. Kerana selepas ini, negara Wakanda itu sendiri akan menjadi medan perang antara tentera Thanos dan manusia, dan pastinya anda semua tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama meneroka fasa baru filem Marvel. Filem ini sangat penuh dengan budaya, dan berwarna-warni, saya sangat berharap Marvel dapat pertimbangkan untuk mencipta sebuah watak baru dari tamadun Melayu suatu hari nanti.

Skor Keseluruhan
4/5

You may be interested

Bujang Lapok: Pergelutan Melayu Pasca Merdeka
Ulasan Filem
2273 views
Ulasan Filem
2273 views

Bujang Lapok: Pergelutan Melayu Pasca Merdeka

Kakisinema - 19 March, 2018

Bujang Lapok (1957) muncul pada tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Filem ini merupakan filem yang memaparkan masyarakat moden dengan pekerjaan…

Osman Ali Datang Lagi dengan Langsuir
Filem Terkini
451 views
Filem Terkini
451 views

Osman Ali Datang Lagi dengan Langsuir

Kakisinema - 18 March, 2018

LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung…

Dana RM1 Juta, Hasilnya Macam RM100 ribu
Ulasan Filem
4534 views
Ulasan Filem
4534 views

Dana RM1 Juta, Hasilnya Macam RM100 ribu

Kakisinema - 18 March, 2018

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat melihat wujud satu trend yang tidak sihat pada kutipan filem tempatan di panggung.…