Azmil Mustapha Meninggal Dunia

14 February, 2018
594 Views

Pelakon terkenal tanah air, Azmil Mustapha meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Shah Alam akibat sakit jantung dan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Azmil pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Keenam menerusi filem Ali Setan. Selain Ali Setan (1985) Azmil juga pernah muncul di dalam filem Mekanik (1983), Matinya Seorang Patriot (1984), Ali Setan 2 (1986), Suara Kekasih (1986), Kepala Angin (1987), Driving School (1990), Fifty/Fifty (1992), XX-Ray II (1995), Hanya Kawan (1997), Iman Alone (1998), Cheritera (2001) dan Puteri Gunung Ledang (2001).

Dalam filem XX-Ray (1992) arahan Aziz M.Osman, nama Azmil muncul di kredit sebagai idea asal untuk filem itu.

Azmil memiliki latar belakang akademik yang mengagumkan kerana beliau merupakan graduan dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen dari Indiana University, Bloomington, Amerika Syarikat. Malah ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Azmil ialah anak kepada penulis, Kala Dewata atau nama sebenarnya, Allahyarham Prof Datuk Dr Mustapha Kamil Yassin yang terkenal dengan karya berjudul Atap Genting, Atap Rumbia.

Kami di Kakisinema mendoakan roh Azmil Mustapha dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah untuk seluruh keluarga pelakon hebat ini.

You may be interested

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
38 views
Acara
38 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
189 views
Pendidikan
189 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
432 views
Ulasan Filem
432 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…