5 Filem Romantik Malaysia Di Hari Valentine

14 February, 2018
131 Views

SEPET (2005) – YASMIN AHMAD

Sebuah filem romantik yang menarik dari Yasmin Ahmad memaparkan hubungan cinta merentas budaya antara Jason dan Orked serta diselangi dengan kritikan sosial yang kuat. Filem ini dianggap antara filem romantik terbaik Malaysia dan berjaya meraih pelbagai anugerah di luar negara serta menang besar di Festival Filem Malaysia ke-18.

LOVE CONQUERS ALL (2006) – TAN CHUI MUI

Sebuah filem arahan Tan Chui Mui yang memaparkan makna cinta dari sudut berbeza. Pandangan cinta di dalam filem ini jarang diangkat dalam filem-filem tempatan menjadi ia antara filem romantik yang segar.

AZURA (1984) – DEDDY M. BORHAN

Sebuah filem cinta remaja yang disulami konflik kekeluargaan. Gandingan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud di dalam filem ini sentiasa akan kita ingati. Sudah tentu lagu Sandarkan Pada Kenangan yang menjadi lagu utama filem ini sangat melekat di hati peminat filem dan muzik tempatan.

ANTARA DUA DARJAT (1960) – P.RAMLEE

Antara filem terbaik P.Ramlee yang masih diperkatakan sehingga kini. Filem yang memaparkan pergolakan hubungan cinta disebabkan perbezaan kelas. Getaran Jiwa merupakan lagu terkenal dari filem ini.

CHINTA KASEH SAYANG (1965) – HUSSAIN HANIFF

Sebuah filem lakonan seniwati Latifah Omar, Ghazali Sumantri, Ahmad Osman dan Fatimah Ahmad yang meneroka cinta dari sudut hubungan perkahwinan dan desakan jiwa untuk hubungan terlarang.

Apakah filem-filem bercorak cinta dan romantik tempatan kegemaran anda?

You may be interested

Bujang Lapok: Pergelutan Melayu Pasca Merdeka
Ulasan Filem
2273 views
Ulasan Filem
2273 views

Bujang Lapok: Pergelutan Melayu Pasca Merdeka

Kakisinema - 19 March, 2018

Bujang Lapok (1957) muncul pada tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Filem ini merupakan filem yang memaparkan masyarakat moden dengan pekerjaan…

Osman Ali Datang Lagi dengan Langsuir
Filem Terkini
451 views
Filem Terkini
451 views

Osman Ali Datang Lagi dengan Langsuir

Kakisinema - 18 March, 2018

LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung…

Dana RM1 Juta, Hasilnya Macam RM100 ribu
Ulasan Filem
4534 views
Ulasan Filem
4534 views

Dana RM1 Juta, Hasilnya Macam RM100 ribu

Kakisinema - 18 March, 2018

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat melihat wujud satu trend yang tidak sihat pada kutipan filem tempatan di panggung.…