Hidden Figures (2016): Melawan Seksis & Rasis?

Oleh Maisarah Mohd Pauzi

12 February, 2018
229 Views

Filem Hidden Figures (2016) memaparkan perjuangan golongan marjinal dengan meneroka kisah genius wanita berkulit hitam. Kalau boleh saya katakan, watak-watak utama dalam filem ini ‘golongan marjinal kuasa dua’ kerana mereka bukan saja orang kulit hitam, malah mereka merupakan wanita. Pada tahun 60-an, segregrasi kaum di Amerika Syarikat telah menindas hak sivil masyarakat kulit hitam.

Dari sekecil-kecil isu seperti pembahagian tandas mengikut warna kulit, perbezaan jenis buku di perpustakaan awam, sehinggalah ke peringkat gaji rendah dan halangan untuk melanjutkan pelajaran yang disebabkan oleh warna kulit.

Filem ini sangat padat kerana ia menceritakan tentang tiga tokoh sekaligus. Walaupun mereka bertiga dipamerkan sebagai sahabat karib. Watak utamanya ialah Katherine Johnson, Mary Jackson dan Dorothy Vaughan.

Katherine Johnson & Hal-hal kecil sehingga ke hal-hal besar

Kehidupan Katherine Johnson lebih ditonjolkan berbanding dua watak yang lain. Katherine yang merupakan genius matematik telah dipindahkan ke bangunan baru di bawah seliaan Al Harisson. Walau bagaimanapun, diskriminasi yang dialami oleh Katherine tidaklah besar pada pandangan mata kasar penonton. Tetapi hal-hal kecil seperti tandas untuk colored people yang hanya terdapat di sebuah bangunan saja dan jauh serta pengasingan air kopi menjadikan tekanan buat watak ini menghadapi keadaan tempat kerja serba rasis.

Katherine bukanlah seorang yang berdiam diri saja. Bibit-bibit sakit yang disimpan dalam hati mula diluahkan pada babak semasa seorang tentera berpangkat kolonel cuba berkenalan dengannya. Kolonel Jim terlepas cakap apabila mempersoalkan bagaimana NASA boleh mengambil pekerja dalam kalangan wanita. Lantas Katherine terus menyerang Jim dengan mematikan perbualan. Katanya;

“So, yes, they let women do some things at NASA, Mr Johnson. And it is not because we wear skirts. It is because we wear glasses!”

Kemuncak ketegangan yang dialami oleh Katherina ialah semasa dia pulang dari tandas yang jauh dalam keadaan basah kuyup akibat meredah hujan dan bosnya, Al Harisson mempersoalkan ‘kehilangannya’ yang boleh dianggap seperti ‘mengular’ dalam bahasa orang kita. Katherine dengan lantangnya mempertahankan dirinya;

“There are no colored bathrooms in this building or any building outside the West Campus,which is half a mile away.

Did you know that? I have to walk to Timbuktu just to relieve myself. And I can’t use one of the handy bikes.Picture that, Mr. Harrison.

My uniform… Skirt below my knees, my heels,and a simple string of pearls.Well, I don’t own pearls. Lord knows you don’t pay coloreds enough to afford pearls!

And I work like a dog, day and night,living off of coffee from a potnone of you wanna touch! So, excuse me if I have to go to the restroom a few times a day.”

Mary Jackson Melawan Sistem Pendidikan Racist

Berlainan dengan sifat Katherine yang diam-diam sampai meletup, Mary lebih menyerlahkan sifat memberontaknya. Mary sangat bercita-cita untuk menjadi jurutera di NASA. Namun polisi NASA ketika itu telah menghalang bakat wanita, apatah lagi dalam kalangan kulit hitam yang dianggap warga kelas kedua. Malah suaminya turut menghalang kerana keadaan yang tidak mengizinkannya mencapai cita-cita itu.

Mary bertindak dengan tegas selepas disokong oleh rakan sekerjanya untuk menuntut kebenaran melanjutkan pelajaran di kolej supaya memperoleh ijazah kejuruteraan. Salah seorang rakan sekerjanya bertanya:

“Let me ask you… if you were a white male, would you wish to be an engineer?”

Mary naik ke mahkamah dengan berhujah begitu matang dan mempesonakan sehingga hakim membenarkannya memasuki kolej ‘orang putih’ dengan syarat, hanya boleh mengambil kelas sesi malam. Akhirnya, sebelum Mary melangkah ke dalam kelas malamnya, suaminya memberi sokongan yang tidak disangka-sangka. Kerana dia tahu, bahawa dia sedang menyiapkan isterinya untuk berbakti pada negara.

Hujah Mary;

“And I, sir…

I plan on being an engineer at NASA, but I can’t do that without taking them classes at that all-white high school. And I can’t change the color of my skin.

So, have no choice but to be the first. Which I can’t do without you, sir.

Your Honor…

out of all the cases you’re gonna hear today… which one is gonna matter 100 years from now?

Which one is gonna make you the first?”

Dorothy Vaughan: Angkut Geng & Kita Lawan!

Berlainan dengan dua watak sebelum ini, Dorothy Vaughan lebih menawan dalam aspek kepemimpinan. Saya terasa watak ini seperti kepala gangster saja semasa babaknya mengangkut rakan sekerja dan menyerbu bilik mesin IBM.

Pada tahun 60-an, penggunaan komputer masih terlalu baru. Misalnya, dalam fail mini, mesin IBM baru saja diperkenalkan dan dibawa masuk ke dalam NASA. Tapi, belum ada programmer yang mahir menggunakan mesin ini. Manakala, Dorothy pula merupakan salah seorang daripada puluhan ‘komputer manusia’ yang melakukan pengiraan untuk misi NASA menghantar angkasawan Amerika ke angkasa. Jadi, dengan kehadiran mesin-mesin ini akan menyebabkan ‘komputer manusia’ ini hilang pekerjaan dek perkembangan teknologi.

Tapi, hal ini tidak mematahkan semangat Dorothy! Dia mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari bahasa pengaturcaraan FOTRAN. Dan babak ini menunjukkan betapa jeleknya segregrasi kaum di Amerika Syarikat ketika itu kerana perpustakaan diasingkan untuk white dan coloured people. Bukan sekadar diasingkan ruang, malah bahan bacaan di ruang white people lebih banyak berbanding di ruang coloured people walhal mereka membayar cukai yang sama jumlahnya!

Dorothy menguasai cara menggunakan mesin IBM dan mengajar rakan-rakan sekerjanya. Katanya, sekiranya kita tidak menguasai pengaturcaraan, maka kita akan hilang pekerjaan kerana komputer akan mengambil alih tugas kita. Hal ini bukanlah berlaku pada zaman tersebut saja. Malah pada hari ini, lebih banyak pekerjaan manusia yang digantikan dengan robot dan komputer. Bahkan, satu hari nanti, kerja menggoreng burger juga akan diambil alih oleh robot!

Babak yang paling menarik ialah ketika Dorothy mengangkut gengnya dengan berkata;

“Ladies,

We’ve been reassigned. Leave your calculators. You won’t need them where we’re going.”

Maka bermula lah era ‘kakak-kakak programmer‘ menghantar orang ke bulan!

Sisi Gelap Sebuah Filem

Sayangnya, walaupun filem ini berdasarkan kisah benar tetapi masih wujud tokok tambah yang akan menjadi paradoks pada naratif kisah ini. Walaupun babak Al Harisson memecahkan papan tanda tandas coloured people lalu mengungkapkan kata-kata yang padu seperti ini;

“No more colored restrooms. No more white restrooms…. Here at NASA, we all pee the same color.”

Tapi babak ini hanyalah fiksyen semata-mata. Garapan skrip ini telah menerima kritikan pedas daripada seorang penulis bernama Dexter Thomas, dalam rencana di portal Vice News bertajuk ‘Space So White‘[1] yang mengkritik tindakan pengarah filem ini menokok tambah seorang hero orang putih.

I then asked the film’s director, Theodore Melfi, why he had chosen to include a scene that never happened, and whether he thought portraying Johnson as being saved by a benevolent white character diminished what she did in real life.

He said he didn’t see a problem with adding a white hero into the story.

“There needs to be white people who do the right thing, there needs to be black people who do the right thing,” Melfi said. “And someone does the right thing. And so who cares who does the right thing, as long as the right thing is achieved?”

Tulisnya lagi,

Incidentally, there’s another heartwarming scene that is also fiction. In the film, Johnson finishes some last-minute calculations that allow for the historic launch to proceed. She delivers them to Mission Control, but is not allowed to enter — presumably because she’s a black woman — until Costner’s character appears and ushers her in. She, the lone black woman in a sea of white men, is then allowed to watch the historic flight. Cue a series of traded glances between benevolent white boss and thankful black employee.

Again, this was fabricated to make the white hero look good.

Johnson told me she was at her desk when the launch took place; she was not allowed into Mission Control. The book confirms this: She “sat tight in the office, watching the transmission on a television.”

Sebenarnya, filem ini memang sudah cukup bagus tetapi sikap produksi filem sendiri tidaklah kurang rasisnya juga. Saya memetik sekali lagi tulisan Dexter Thomas, seperti berikut;

Maybe white Americans are too fragile to have handled the unadulterated truth about the racist history of the space program. Maybe they would have left the theater in outrage in the face of the fact that black women had to (and were able to) fight for their own rights on their own terms because no white people were swooping in to save them.

Filem ini secara zahirnya melawan rasis dan seksis tetapi di belakang tabir, ia ternyata masih rasis dan seksis!

[1] https://news.vice.com/story/oscar-nominated-hidden-figures-was-whitewashed-but-it-didnt-have-to-be

Maisarah Mohd Pauzi

You may be interested

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
38 views
Acara
38 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
189 views
Pendidikan
189 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
432 views
Ulasan Filem
432 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…