Didakwa Mengejek Golongan Alahan, Filem Peter Rabbit Dikritik

12 February, 2018
100 Views

Filem Peter Rabbit arahan Will Gluck yang menampilkan perseteruan keluarga manusia dengan sekumpulan arnab dikritik hebat NGO dan aktivis kesedaran alahan apabila didakwa dengan sengaja mengejek dan tidak menghormati perasaan mangsa alahan makanan.

Dalam salah satu babak filem berkenaan, telah dipaparkan sekumpulan arnab menyerang seorang lelaki dengan membaling buah blackberries yang merupakan alahan serius kepada lelaki itu.

Sebuah kumpulan kesedaran alahan di Australia telah mengeluarkan petisyen memohon pihak Sony Pictures memohon maaf kerana dikatakan mengejek golongan dengan alahan serius. Beberapa NGO kesedaran di Amerika Syarikat juga mengambil langkah sama dan menyelar filem berkenaan kerana didakwa tidak sensitif.

Pihak Sony Pictures yang tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan menyifatkan mereka perlu lebih berhati-hati dan sensitif terhadap kandungan filem berkenaan serta bersedia memohon maaf.

You may be interested

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)
Pendidikan
5 views
Pendidikan
5 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)

Kakisinema - 17 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Keempat. Teori Feminisme Feminisme merupakan gerakan yang memperjuangkan keadilan dan…

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
72 views
Pendidikan
72 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
67 views
Pendidikan
67 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…