1898: Our Last Men in the Phillipines: Kegetiran Di Medan Perang

Oleh Kamal Herrera

12 February, 2018
144 Views

 

1898: Our Last Men in the Phillipines (1898: Los Ultimos de Filipinas) lakonan Eric Tosar dan Ricardo Gomez merupakan filem dari sebuah kisah benar yang berlaku di Baler, Filipina sekitar tahun 1898. Mengambil tema kesetiaan kepada negara sebagai tunjang utama, filem ini berjaya menampilkan sisi yang kurang ditonjolkan dalam sesebuah filem bergenre perang atau sejarah.

Terdapat tiga kerajaan atau negara yang terlibat di dalam perang yang juga dikenali sebagai The Siege of Baler iaitu Sepanyol, Filipina dan Amerika Syarikat. Seperti yang kita ketahui, Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol. Konflik tercetus apabila tentera Sepanyol yang berkawal di pos Baler menghadapi tentangan hebat dari pihak Tentera Revolusi Filipina. Pada masa sama mereka turut diabaikan oleh pihak Sepanyol sendiri.

Ia mengisahkan bagaimana pasukan tentera ini hidup dengan bekalan yang terhad dan tanpa bantuan dari kerajaan mereka sendiri di samping serangan berterusan dari Tentera Revolusi Filipina.

Filem ini memang padat dengan drama yang sangat mendebarkan. Segala keputusan atau langkah yang diambil pasti akan ada akibat yang perlu ditanggung. Bayangkan sepanjang hampir setahun perang ini berlangsung, tentera yang keras dan kuat fizikal serta mental pun, pasti akan terbatas dan lemah.

Terperangkap di dalam sebuah gereja sambil dikawal oleh pihak Tentera Revolusi Filipina, membuatkan bekalan makanan dan ubatan semakin surut dari hari ke hari. Kita dipertontonkan dengan pelbagai ikhtiar yang di ambil mereka hanya untuk bertahan.

Variasi watak dan perangai askar-askar ini membuatkan filem ini amat mudah untuk di tonton dan tidak membosankan. Watak taat, watak berani, watak pembelot, watak setiakawan antara yang menghiasi sepanjang filem ini. Dengan kepelbagaian watak ini, segala emosi yang cuba disampaikan memang berjaya mengusik penonton. Tidak dinafikan filem ini banyak memainkan emosi  dan ia memberikan kesan dengan baik sekali.

Untuk yang belum menonton filem ini, anda pasti terharu dengan pengakhirannya. Seperti filem-filem perang yang lain, filem ini berjaya menyuntik perasaan patriotisme di dalam jiwa penonton terutamanya apabila kita menyaksikan sendiri bagaimana perang ini ditamatkan.

Kamal Herrera

You may be interested

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)
Pendidikan
5 views
Pendidikan
5 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 4)

Kakisinema - 17 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Keempat. Teori Feminisme Feminisme merupakan gerakan yang memperjuangkan keadilan dan…

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)
Pendidikan
72 views
Pendidikan
72 views

KEANGGUNAN SINEMA PUITIS DALAM DUKUN (2018)

Kakisinema - 17 October, 2018

Bagi mengaitkan antara seni puisi dengan seni sinema, kita seyogia kembali kepada pelopor-pelopor dalam kedua-dua bidang. Robert Frost, penyair terkenal…

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)
Pendidikan
67 views
Pendidikan
67 views

Femme Fatale, Patriarki dan Maskuliniti: Representasi Gender Dalam Filem Kala Malam Bulan Mengambang (Bahagian 3)

Kakisinema - 16 October, 2018

Esei ini diterbitkan dalam beberapa siri dan ini ialah Bahagian Ketiga. Maskulinti Dan Stereotaip Dalam Masyarakat Menurut Argyo (2010), hal…