Pok Ya Menderita

31 January, 2018
317 Views

Saya akhirnya mendapat kesempatan menonton Pok Ya Cong Codei arahan Sabrii Ibn Yunus. Selain daripada memberikan nafas baru kepada dunia gangster dalam filem Malaysia, Pok Ya juga menampilkan kualiti lakonan antara yang terbaik pernah ditampilkan Sabri.

Saya suka bagaimana Sabri bermain dengan wide shot dan ini menampakkan kesungguhanya dalam memberikan penglihatan terbaik untuk filem ini. Kebanyakan shot di dalam filem ini dibikin dengan pengetahuan dan penyampaian makna yang jelas dan memberikan kita keselesaan dalam memahami filem ini dengan baik.

Apa yang paling saya gemar ialah sisi seksual dan erotis yang cuba dikupas dengan menjadikan Pak Ya itu sebagai satu subjek. Lihat bagaimana terujanya Pak Ya untuk menyudahkan tugasnya kerana mengenangkan isteri di kampung. Lihat pula bagaimana Pak Ya yang pulang ke kampung dengan segera namun melihatkan isterinya sudah lari, Pak Ya begitu kecewa.

Saya sukakan bagaimana Sabri mematikan kejantanan Pak Ya yang tidak dapat memenuhi keperluan seksualnya sendiri. Pak Ya bukanlah hero atau jantan yang hebat pun apabila kehendak dan keperluan seksualnya terhalang dan dia sendiri dibiarkan.

Sabri bijak memberikan kita pengertian bagaimana Pak Ya itu dilihat sebagai jantan yang hebat, namun kejantanannya dipermain-mainkan dengan mudah oleh isteri di kampung. Jarang saya melihat dewasa ini hal-hal seksualiti dan erotis diberikan pengertian yang cemerlang di dalam filem seperti apa yang dilakukan Sabri dengan Pok Ya Cong Codei.

Menjadi Pak Ya sangat derita!

You may be interested

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
38 views
Acara
38 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
189 views
Pendidikan
189 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody
Ulasan Filem
432 views
Ulasan Filem
432 views

Kejujuran Yang Hilang Dalam Bohemian Rhapsody

Kakisinema - 17 November, 2018

Bohemian Rhapsody; filem biopic kumpulan rock legenda Queen dicanang dengan tagline; The only thing more extraordinary than their music is…