Mandatori Yang Wajib Tonton

31 January, 2018
311 Views

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan menonton siri TV berjudul MANDATORI arahan Razaisyam Rashid dan dicipta di skrin oleh Alfie Palermo dan Yasmin Yaacob berdasarkan kepada novel tulisan Ramlee Awang Murshid dengan judul sama.

Bagi saya siri TV ini cukup segar dan membuka dimensi baru dalam dunia jenayah di kaca televisyen. Malah elemen psikologi yang cuba diselami juga nampak terkawal dan bijak.

Siri TV ini juga merupakan satu kerja adaptasi yang baik selain keupayaan pengarahan Razaisyam yang semakin matang dan berjaya membuktikan dirinya mampu meneroka coral filem yang pelbagai.

Lakonan Aeril Zafrel dan Alvin Wong amat penting dan berkesan dan ini ialah antara duo terbaik di skrin yang pernah saya lihat.

Aspek kritikan politik dan sosial jugak disampaikan dengan cara baik melalui pembinaan sebuah tempat bernama Banda Raya.

Saya juga tertarik bagaimana Razaisyam dan pasukan berjaya membina dunia CSInya sendiri dan memberikan keyakinan bahawa kerja CSI di Malaysia juga boleh nampak real di skrin.

Aspek sinematografi, pencahayaan dan rekaan produksi juga merupakan kekuatan utama MANDATORI.

Lakonan Aeril Zafrel baik dan dia membuktikan apa yang dia boleh lakukan apabila menerima watak yang bersesuaian dan saya paling sukakan Alvin Wong di dalam filem ini.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan seperti pengakhiran yang seperti tergesa-gesa, secara keseluruhannya saya sukakan sisi gelap dan menyegarkan MANDATORI dan anda wajib menontonnya secara halal!

You may be interested

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun
Pendidikan
136 views
Pendidikan
136 views

Politik Batang dan Tubuh Dalam Dukun

Daniyal Kadir - 18 December, 2018

Tulisan ini tidak sama sekali mendakwa bahawa ianya adalah grand theory untuk filem Dukun. Dain Said menanam pelbagai lapis teks…

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM
Acara
157 views
Acara
157 views

PESTA FILEM KITA KEMBALI DAN ADA GERAN UNTUK ANDA BIKIN FILEM

Daniyal Kadir - 10 December, 2018

Pada tahun 2016, Projek Dialog dengan kerjasama Pusat Kajian & Apresiasi Filem serta beberapa organisasi lain telah mengajurkan sebuah festival…

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)
Pendidikan
272 views
Pendidikan
272 views

Jentikan Semiotik Berbisa Sinema One Two Jaga (2018)

Daniyal Kadir - 1 December, 2018

Tulisan ini telah memenangi Hadiah Sastera Selangor 2018 Kategori Esei pada 30 November 2018. Tidaklah berlebihan jika prop sinema One…